Isu babi di Melaka
Semalam aku tengok tv pasal isu babi(Khinzir?) kat Kampung Paya Mengkuang , Melaka. Penternak babi haram dan kuncu2nya merusuh dengan menghalang pihak berkuasa menggunakan jentolak dan pagar yang digulung untuk dijadikan perisai. Dorang gunakan kanak2 gak untuk menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas. Kerajaan negeri memberi tempoh sehingga 21 September ini kepada lebih 60 pemilik ladang babi Kampung Paya Mengkuang untuk mengurangkan ternakan mereka kepada 48,000 daripada 160,000 ekor yang sedia ada.
Member aku yang keja pejabat haiwan cite kat aku yang babi ni kalau beranak 16 ekor pun boleh kuar. Punya la banyak patut la senang nak membiak. Cegah lagi baik daripada mengubat. Bagi lesen ternak babi sket je, pastu lelebih lak bela. Menda susah nak kawal. Yang aku pelik camne la boleh bela tanpa pengetahuan penguatkuasa Melaka? Nape la dorang tak belajar daripada sejarah N.9 dulu yang kena penyakit JE. Tu akibat penguatkuasaan yang lemah. Bila dah besar dah banyak baru la nak terhegeh2 amek tau. Tu la silap orang kita. Tido. Makan rasuah banyak dan selalu agaknya. Hutan kena tebang abeh licin gondol baru la nak jengah2.. Tu pun lepas tersiar kat tv. Kalau pihak tv tak siarkan pi la kes2 ni suma. Sapu sampah simpan bawah karpet je la. Bila la negara kita nak bersih daripada pengkhianat2 agama, bangsa dan negara ni. Kesedaran xde.
Kes ni dah dipolitikkan oleh golongan tertentu. Pada aku la kita kena tegas dalam perkara ni. Bukan pasal agama je tapi pasal alam sekitar yang dah tercemar lama. Sementara bangsa dan agama kita yang jaga negara ni (tatau la bape lama), kita tak boleh kompromi dalam hal2 ni. Teringat cite2 org tua semasa zaman sebelum dan pascaerdeka, kat pasar tu gerai2 yang jual babi ni satu tempat je dengan orang2 islam. Bercampur2 sebab kurang sensitif dan aku pun tatau camne melayu masa zaman tu. Kalau kita lewa dan leka tak mustahil kalau kuasa kita hilang( minta jauhh ar) abeh la kita, generasi kita nanti bangsa dan agama boleh musnah. Tanggungjawab kita orang melayu beragama islam mempertahanankan maruah bangsa dan agama. Jangan pasal nak jaga hati kaum tertentu, kita lak takut nak amek tindakan..hampeh!
